Wednesday, 18 July 2012
Terima Undangan dan Menerima Hadiah
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga” Riwayat Hadith Al-Bukhari
Huraian :
1. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah menjaga hati dan perasaan orang lain agar hubungan silaturahim sentiasa terjaga selain dapat menghindari perselisihan faham yang mengakibatkan perbalahan dan perpecahan.
2. Rasulullah s.a.w contohnya tidak pernah menolak sebarang pemberian atau hadiah dan baginda juga tetap menerima apa juga bentuk jemputan tanpa membeza-bezakannya sama ada kecil, besar, kaya, miskin atau sebagainya.
3. Orang yang memilih- milih jemputan bagi sesuatu jamuan atau hadiah yang diberikan kepadanya adalah mempamerkan sifat orang yang sombong dan bongkak sedangkan sifat ini adalah sangat dilarang di dalam Islam.
kredit http://dakwah2u.blogspot.com/
Bertafakur Terhadap Nikmat Allah
Kita mendapati manusia sentiasa berterima-kasih sesama mereka ketika mana seseorang daripada mereka menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang lain, sekalipun pertolongan itu kecil. Kita tidak menemui ramai yang bersyukur kepada Allah di atas nikmat-Nya sekalipun besar. Seolah-oleh nikmat-nikmat itu adalah suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri, bukan Dengan kelebihan daripada Allah S.W.T. Malahan ramai yang menggunakan nikmat untuk tuiuan maksiat. Itulah kelalaian, bantahan dan kekufuran terhadap nikmat. Mereka tidak memberikan nilaian sebenar terhadap nikmat melainkan jika mereka terhalang dari mendapatkannya atau musibah menimpa mereka. Tatkala itu, mereka akan kembali memohon kepada Allah. Ada juga yang merasa sempit (putus asa) dengan kehidupan sehingga ingin membunuh diri.
Salam Pengenalan
Selamat Datang ke Blog Umat Kita. Di blog ini anda boleh berkongsi pandangan anda tentang artikel-artikel yang akan saya terbitkan. Maaf kerana saya masih baru dalam bidang blogging. Jadi minta tunjuk ajar ya..
Subscribe to:
Comments (Atom)
